02/02 2016

Lemak Baik vs Lemak Jahat

lemak
Kurangkan lemak dan kolesterol
 
Apa itu lemak?
 
  • Lemak juga adalah sumber tenaga (kalori) kepada badan
  • Menjadi bahan penyedap dalam makanan

Jenis-Jenis lemak dalam makanan

  • Lemak tepu:-> Lemak yang boleh membeku pada suhu basa (suhu bilik)-> Cth: Lemak daging, mentega, keju, telur, susu penuh krim, santan kelapa
  • Lemak tidak tepu:

-> Lemak yang lembut dan mencair pada suhu yang lebih rendah.

-> Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu iaitu:

  1. Lemak monotidaktepu.
    Cth: Minyak zaitun dan minyak canola
  2. Lemak politidaktepu.
    Cth: Minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kacang soya
  • Asid lemak trans:

-> Minyak sayuran yang telah mengalami proses penghidrogenan.

-> Banyak di dalam margerin yang keras, minyak sapi, kek, pastri dan biskut.

Kesan lemak yang berlebihan

  1. Lebih berat badan dan obesiti (kegemukkan) yang akan meningkatkan risiko kejadian:
    -> Diabetes
    -> Penyakit jantung dan strok
    -> Beberapa jenis kanser iaitu kanser payudara, rahim, hati dan usus besar.
  2. Lemak tepu dan lemak trans boleh meningkatkan tahap kolestrol darah.

Walau bagaimanapun kuncinya adalah keserdehanaan.

Leave a Comment