10/07 2015

Cara Kira Kalori

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.

Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan jika dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Cara Mengira Kalori

cara-kira-kalori

 

 

 

 

 

 

 

 

Kebanyakan produk makanan yang terdapat di pasaran memaparkan maklumat berkaitan kandungan nutrisi dan kalori pada bungkusannya yang biasanya diletak di bawah tajuk ‘maklumat pemakanan’.

Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

LEMAK : Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram.

KARBOHIDRAT : Setiap gram didarab dengan 4 kalori bagi setiap gram

PROTEIN : Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram

Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protein. Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-

Lemak —-> 0.8 x 9 = 7.2 kalori

Karbohidrat —-> 12.3 x 4 = 49.2 kalori

Protein —-> 2.3 x 4 = 9.2 kalori

Jadi, 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6 atau 66 kalori

Keperluan kalori bagi setiap individu lelaki dan wanita dewasa dalam sehari

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika seseorang itu makan atau mengambil kalori melebihi dari keperluan harian yang sepatutnya?

Setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.

Leave a Comment